Breaking News

Kerabu Mee Segera dan Udang Panggang

Kerabu Mee Segera dan Udang Panggang

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

  • 5-6 ekor udang sederhana besar (nak lebihpun boleh)
  • 1 sudu teh sos tiram
  • secubit garam
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 ulas kecil bawang putih – tumbuk lumat

Bahan B : (hiris halus)

  • Sebatang serai
  • 1/4 labu bawang besar
  • 1-2 cili api (ikut kepedasan)
  • Setangkai daun kesum
  • Sehelai daun limau purut yg muda
  • 5 helai daun kadok
  • Satu inci carrot diparut
  • Sedikit kubis

NOTA : Anda boleh menggunakan apa sahaja ulam-ulaman lain
BAHAN C :

  • Sebungkus mee segera (Dicelur, toskan dan bilas utk buang kanjinya dan gaul dgn sedikit saja minyak supaya tak melekat )
  • Garam, gula dan jus limau kasturi/nipis secukup rasa
  • Sedikit kerisik

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan bahan A dan perap udang dalam 10-15 minit kemudian grill hingga masak..
  2. Satukan mee segera yg dicelur dengan udang yg dipanggang serta bahan2 B yang dihiris halus.
  3. Masukkan garam , gula, jus limau kasturi/nipis dan kerisik.
  4. Gaul rata & Suaikan rasa dan hidangkan.
  5. Bleh dimakankan begitu sahaja seperti kita makan nasi kerabu.

Kerabu-Mee-Segera-dan-Udang-Panggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.