Breaking News

Kek Pandan Blended

Kek Pandan Blended
Resepi Asal : Intan Razli
Olahan : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • * 3 biji telur saiz besar – suhu bilik
  • * 1 1/2 cawan gula caster (saya guna 1 cawan gula halus)
  • * 1 cawan minyak jagung atau minyak sayuran
  • 3 helai daun pandan (saya guna pandan paste)
  • 3/4 cawan air (saya guna 1/2 cawan santan kotak + 1/4 cawan air)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

CARA-CARA :

  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Blend daun pandan & air kemudian ditapis (hampas dibuang).
  3. Kesemua bahan * dicampur dgn jus pandan tadi, kemudian di blend hingga halus.
  4. Tuang bahan blender tadi kedalam bekas.
  5. Masuk kan tepung & gaul rata.
  6. Tuang adunan kedalam acuan yg telah diminyak kan terlebih dahulu & bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. ebaiknya cucuk lidi untuk pastikan kek masak.

** Sekiranya anda ingin belangkan kek, blend kesemua bahan kecuali pandan paste & tepung. Kemudian setelah campur tepung, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dgn pandan paste. Cara belang sama seperti kek minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.