Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
Bahan-Bahan:
Bahan A
- 125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik
Bahan B
- 1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau
1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam
Bahan C
- 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon
Cara Membuat:
- Sediakan pengukus. Didihkan airnya
- Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
- Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati.
- Tutupkan api dan biarkan ia suam.
- Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel
- Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama.
- Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
- Tutupkan loyang dengan kertas foil.
- Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
- Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
- Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
Saya suka buat kek choklat