Breaking News

Karipap Ubi Keledek

Karipap Ubi Keledek
Oleh : Nur Jannah

Bahan-Bahan Kulit Karipap

  • 500 gm Tepung gandum
  • 120 gm Marjerin
  • 160 ml Air biasa
  • 1/2 sudu kecil Garam – (kalau tidak letak pun tidak mengapa)

Cara menyediakan Kulit Resepi Karipap Inti Keledek:

  1. Masukkan semua bahan dan uli sebati (sehingga tepung tak melekat pada tangan).
  2. Doh dileperkan
  3. Masukkan inti dan kelim dengan tangan / acuan

Bahan-Bahan Inti Ubi Keledek

  • 5 biji Ubi keledek
  • 1 paket Rempah kari daging
  • 5 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 tangkai Daun kari/ daun sup
  • Ayam / daging – nak lebih letak banyak
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 2 inci halia
  • garam/gula/perasa

Cara Menyediakan inti Resepi Karipap Inti Keledek:

  1. Tumis kayu manis, bawang dan halia.
  2. Bila dah naik bau, masuk rempah yang telah dibancuh
  3. Masuk ayam/ daging dan keledek
  4. Perisakan dengan garam/gula/ perasa
  5. Tunggu sampai ubi lembut dan kering.

Cara Membuat Karipap

  1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung gandum.
  2. Tekap dengan acuan atau dengan gelas.
  3. Masukkan inti. Tekan tekan di bahagian tepi sebelum dikelim.
  4. Goreng di dalam minyak panas yang banyak hingga tenggelam dengan api yang perlahan.
  5. Sentiasa dibalik balikkan dengan perlahan.

Petua Menggoreng Karipap Sedap dan Rangup!

Panaskan minyak yang banyak, bila dah panas, tutupkan api dan masukkan karipap. Kemudian, baru dihidupkan semula api dapur yang kecil sahaja. Selalu dibalik-balikkan dengan berhati-hati dan goreng hingga keemasan. Jangan isi terlalu banyak dalam satu masa. Ulang proses yang sama untuk kali kedua dengan tutup api dahulu.

karipap-keledek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.