Breaking News

INSPIRASI : RM15,000 SEBULAN DENGAN ROTI RM1

RM15,000 SEBULAN DENGAN ROTI RM1

Ini kisah yg saya janjikan semalam,namanya abang man, berumur 47 tahun, sebelum ini dia mengusahakan bermacam bisnes, hingga pada suatu tahap dia penat kerana bekerja seorang diri kesana kesini walau menjana 5 angka sebulan.

11947575_10206607279252481_8924407218708848421_n

Sekarang abg man hanya menjual roti di kawasan parking hospital sungai petani, setiap hari daripada pukul 2 petang hingga 7 petang lebih kurang. Saya agak tertarik dengan modus operandi yg dilakukan kerana sangat mudah, tengok orang lain beli sekali 4,5 biji seorang. Katanya roti dibeli di kilang pulau pinang, satu plastik besar beharga lebih kurang rm6 , dalam satu plastik ada 16 keping.

Abg Man jual sekeping RM1 , biasanya dalam sehari boleh jual dalam 400-500 keping sehari, lebih pun ada. Beliau sambung lagi dalam sebulan biasanya boleh dapat dalam RM12,000 paling kurang paling tinggi pernah dapat RM16,000 .Bila mendengar nya , sy terpana,roti , kaya, planta hanya itu sahaja barangnya. Dan dia seorang sahaja yg bekerja.

…biasanya dalam sehari boleh jual dalam 400-500 keping sehari, lebih pun ada. Beliau sambung lagi dalam sebulan biasanya boleh dapat dalam RM12,000 paling kurang paling tinggi pernah dapat RM16,000…

Beliau sambung lagi, orang kita nampak benda ni lekeh, terlalu fikirkan berapa boleh jual, laku ke tak, boleh buat ke tak. Akhirnya semua ke laut, tiada action, pandai cakap sahaja. Saya diam senyum kelat seolah terlekat lalat , kerana itulah sememangnya yg saya jumpa. Kita terlalu fikirkan apa yg akan terjadi, akhirnya kita tak buat buat apa yg kita boleh buat sebenarnya.

11951305_10206607279532488_107581490442760244_n

Sambungnya lagi, roti adalah makanan universal, semua orang makan, orang melayu, orang benggali , orang cina, awk pergi parking waktu orang cina buat event pun ramai org beli, awk pergi parking lori ni dekat rumah tok bmoh yg disegani dan ramai pesakit pun orang akan beli, tok bomoh itu sendiri yg akan beli, ujarnya tersengih bagai pendekar sakti.

Nah, apa yg kita boleh dapat dari sini ? Ilmu jalanan yg sangat berharga, kita sedang asyik dengan kerja di bawah penghawa dingin, menaip status-status fb yg langsung tak berguna, akhir bulan mencarut ,duit tak cukup sana sini, jumpa pakcik makcik meniaga tepi jalan kita sombong tak nak tegur pulak.

Sebagai tanda gembira dengan maklumat sy dapat, lantas dengan tanpa malu saya beli 2 keping roti dan terus mengunyah dan menarik perhatian orang ramai lalu lalang agar turut membeli roti abang man ini, kerana sedap.

Oh ya, ini adalah contoh perniagaan yg kosong, kosong yg bagaimana ?
Kosong dari jenama, ‘branding’ yg kukuh dan kotak packaging yg kita sentiasa terapkan dan poyokan kononnya ini wajib buat sebelum jual.

…Kosong dari jenama, ‘branding’ yg kukuh dan kotak packaging yg kita sentiasa terapkan dan poyokan kononnya ini wajib buat sebelum jual…

Memang wajib, tapi kalau satu pun kita tak jual sebelum apa yg wajib ni, tak guna jugak kan ? Itu yg kita kena ingat. Setiap produk dan servis perlu ada ‘validation’ jangan gelojoh mahu buat sesuatu berdasarkan apa yg anda lihat, tapi buat berdasarkan apa yg anda dah buat.

11951261_10206607279412485_5947634668813056150_n

Itu sahaja perkongsian saya kali ini, jika ada lagi bisnes jalanan yg menarik saya ‘interview’ lagi.

Sebelum saya tutup majlis ini, mari kita fikirkan sekejap.

Cuba bayangkan jika kita buat sesuatu yg lebih menarik dan branding modus operandi ni, dan tambah lagi lori-lori di kawasan yg sewajarnya, berapa bnyak boleh kutip setiap hari ?

Selepas baca ni apa yg anda dapat ? Cuba komen sikit.

Selamat berniaga para sahabat semua

p/s : Kisah ini diceritakan oleh Tuan Haniff Sofian


Promosi buku resepi “koleksi resepi bisnes”

Khas untuk 50 pembeli terawal akan dapat harga promosi yg berlangsung selama seminggu*

(*terhad pada stok)

1. Buku cheeze cheese (RM 297)
● Mengandungi koleksi resepi bisnes dan resepi dadih ( 90++ muka surat)

2. Buku bisnes kek hokkaido (RM 50)
● Mengandungi koleksi resepi untuk bisnes mengikut modul kelas serta tips pemasaran

3. Buku resepi aneka muffin (RM 50)
● mengandungi koleksi resepi muffin untuk bisnes

4. Buku resepi cheesecake (RM 35)
● mengandungi koleksi resepi kek cheese

JUMLAH 4 BUAH BUKU RM 432 tetapi ada tawaran menarik untuk anda, sila baca sampai habis

☆PROMOSI UNTUK 27 PEMBELI TERAWAL☆

♡ untuk 27 orang pembeli terawal, Anda hanya perlu bayar RM 150 untuk 4 buah buku ini! JIMAT RM 282

♡ Utk 27 pembeli terawal akan terima salinan modul kelas roti lebah khas utk bisnes bernilai RM 30

Untuk tempahan, sila whatapp kod DISKAUN seperti dibawah:

“4BUKU” ke 014 319 3592
“4BUKU” ke 014 319 3592
“4BUKU” ke 014 319 3592

=====================
PERHATIAN : Jika anda tidak terima reply dalam masa 24 jam, ini bermaksud PROMOSI TELAH TAMAT & Jualan telah ditutup
=====================

Sila bertindak sekarang sebelum promosi TAMAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.