Homemade Peanut Butter Cups
Oleh:Noor Abdul Rahim
BAHAN-BAHAN :
- 500g semi sweet chocolate – dicincang tetapi kalau anda menggunakan chocolate chips tak perlu cincang
- 1 1/2 sudu besar butter (tambahan)
- * 1/2 cawan peanut butter creamy atau crunchy
- * 1/3 cawan gula icing
- * 2 sudu besar butter – suhu bilik
- * 4 keping biskut digestive – dikisar halus
- * 1/8 sudu kecil garam (setengah dari 1/4 sudu kecil)
CARA-CARA :
- Cairkan chocolate & 1 sudu besar butter – cara double boiling.
- Masuk kan 1 sudu kecil chocolate cair kedalam mangkuk kertas kecil.
- Hentak kan sedikit bekas yg kita susun mangkuk kertas tadi supaya chocolate cair nya rata.
- Masuk kan kedalam peti sejuk selama 15 minit.
- Sementara itu, pukul kesemua bahan bertanda * hingga sebati.
- Setelah chocolate keras, sudukan atau pipe kan adunan peanut butter keatas chocolate.
- Hentak kan sedikit bekas supaya peanut butter rata sedikit.
- Tuang chocolate cair keatas peanut butter secukupnya & hentak kan sedikit bekas supaya chocolate rata.
- Masuk kan kedalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dimakan atau dimasuk kan kedalam bekas.
NOTA :
- ** Chocolate sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk. Jika nak makan chocolate yg agak lembut, keluarkan dari peti sejuk 15 minit sebelum dimakan.
- ** Terpulang anda sekiranya nak bubuh peanut butter supaya nampak pattern berbelang atau nak tutup kesemua peanut butter. Contohnya seperti dalam gambar.
- ** Bergantung pada papercups kecil yg anda gunakan, boleh menghasilkan antara 50 – 70 chocolate