Breaking News

Hokkaido Chiffon Cake

RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CAKE
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN (A) :

  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu besar gula halus
  • 40ml minyak jagung/canola
  • 40ml susu kotak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 60g tepung cake **

BAHAN-BAHAN (B) :

  • 3 biji putih telur – dibiarkan didalam peti sejuk sementara buat adunan (A)
  • 40g gula halus
  • bahan-bahan custard :
  • 1 sudu besar tepung cake **
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 40g gula halus
  • 200ml susu kotak
  • 2 biji kuning telur – dipukul sedikit dengan garpu
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar butter
  • * 1 1/2 sudu kecil serbuk koko jika anda nak buat chocolate custard
  • 100ml dairy whipping cream (biasa, bukan non dairy)
  • 1 sudu besar gula halus

CARA-CARA (A) :

  1. Pukul kuning telur bersama gula hingga kembang.
  2. Masuk kan minyak, esen vanila & susu. Pukul hingga sebati.
  3. Masuk kan tepung gaul rata. Ketepikan.

CARA-CARA (B) :

  1. Pukul putih telur & setengah gula hingga kembang.
  2. Masuk kan baki gula & pukul lagi hingga kental (meringue – terbalik kan mangkuk, putih telur tak jatuh)

SATUKAN :

  1. Masuk kan 1/3 putih telur kedalam adunan tepung. Gaul rata.
  2. Masuk kan baki putih telur kedalam adunan tepung & gaul cara kaup balik.
  3. Tuang adunan kedalam kertas cupcake, isi hingga paras 3/4.
  4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 – 25 minit bergantung pada size cupcake & oven masing-masing.
  5. Biarkan sejuk sebelum dibubuh filling.

CARA-CARA FILLING :

  1. Satukan tepung cake, tepung jagung & 40g gula. Gaul rata. (Jika membuat chocolate custard, serbuk koko disatukan juga)
  2. Masuk kan susu sedikit demi sedikit & gaul rata supaya adunan tidak bergentel.
  3. Masuk kan kuning telur & gaul rata.
  4. Masuk kan butter & letak kan adunan keatas api kecil.
  5. Sentiasa digaul. Apabila adunan mula pekat, matikan api.
  6. Masuk kan esen vanila, gaul hingga sebati. Ketepikan.
  7. Pukul whipping cream bersama 1 sudu besar gula hingga kental.
  8. Masuk kan setengah whipping cream kedalam custard, gaul rata. Kemudian masuk kan baki whipping cream & gaul hingga sebati.
  9. Masuk kan adunan filling kedalam piping bag yg telah dibubuh nozzle. Pipe kan filling kedalam cake hingga penuh.

NOTA:

** Sekiranya tidak ada tepung cake, gunakan tepung gandum yg diayak sebanyak 3 kali sebelum digunakan.
** Apabila mengasingkan putih & kuning telur, pastikan tidak ada kuning yg pecah masuk kedalam putih telur.
** Sebiji Osaka cake dijual dengan harga antara 6 – 8 ringgit. Cara membuatnya mudah, mari kita jimatkan belanja dan buat sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.