Breaking News

Harga Sebuah Resepi

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada semua sahabat BukuResepi yang sudi membaca artikel yang bertajuk ‘HARGA SEBUAH RESEPI‘. Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dipermudahkan untuk Admin menulis dan menerangkan sambungan yang pernah admin tanyakan di facebook rasmi BUKU RESEPI.

harga-resepi

P elbagai komen dan pendapat yang admin terima,ada yang bersetuju dan ada juga tidak bersetuju. Untuk makluman semua, apa yang admin utarakan sebenarnya memang situasi yang benar-benar terjadi malah ia tidak menjadi satu kesalahan untuk menjual resepi tetapi jika resepi tersebut untuk berniaga memang ia sangat-sangat patut dikenakan bayaran. Dalam resepi ada banyak rahsia dan petua yang disembunyikan malah ia seolah-olah menjadi satu kewajiban, mungkin juga mereka yang menjual resepi atau ilmu masakan ini ada alasan tersendiri.

Baiklah, berbalik kepada Resepi yang berharga RM 200 – RM 500 untuk 1 resepi. Persoalan terbesar yang tidak ramai yang bertanya soalan seperti :
‘Bagaimana untuk mendapatkan kembali keuntungan dari resepi yang berharga tersebut?’
‘Berbaloikah membayar RM 200 – RM 500 untuk 1 resepi?’
‘Bagaimana untuk manfaatkan resepi yang telah dibeli tersebut?’

Untuk memudahkan anda faham & jelas tentang apa yang admin hendak sampaikan, Admin akan menggunakan satu situasi dan produk yang pasti memudahkan anda semua faham. Admin akan menggunakan salah satu resepi yang terdapat dalam website BukuResepi ini iaitu ‘Biskut Famous Amos Homemade‘.

Untuk makluman semua, Kos untuk hasilkan ‘Biskut Famous Amos Homemade‘ adalah RM 40 dan ia dapat menghasilkan ‘Biskut Famous Amos Homemade‘ sebanyak 400 pcs bergantung kepada adunan yang anda buat. Dengan bermodalkan RM 40 anda telah dapat ‘Biskut Famous Amos Homemade‘ sebanyak 400 pcs bermakna harga bagi sekeping ‘Biskut Famous Amos Homemade‘ adalah RM 0.10 sekeping.

Screenshot_18

Kebiasaan penjual menjual RM 15 untuk 25 pcs atau RM 30 untuk 50 pcs ‘Biskut Famous Amos Homemade’ ini. Wahh!!! banyak untungnya… sabar dahulu, ini hanya kos bahan tidak termasuk lagi kos elektrik,tenaga kerja, packaging,branding,pemasaran dan lain-lain kos yang tidak nampak. Admin ada buat sedikit pengiraan keuntungan kasar secara ringkas:

Harga ilmu : RM 200 – RM 500
keuntungan : RM xx,xxx.xx

keuntungan dari ilmu dapat hasilkan 1 produk dengan keuntungan bersih 1 produk RM 10 shj.

A > Untung bersih setelah tolak kos RM 10
B > Permintaan 100 unit setiap 2 hari
C > Dalam masa 1 bulan permintaan 1,500 unit

(A) RM 10 x (B) 100 = RM 1,000 setiap 2 hari
(A) RM 10 x (C) 1,500 unit = RM 15,000 sebulan

untuk tingkatkan lagi keuntungan anda perlu “take risk” untuk mengurangkan keuntungan kepada RM 10,000 sebulan dan RM 5,000 laburkan utk luaskan pasaran. Berapakah anda sanggup bayar jika anda “take action” dan hasilnya seperti ini? saya tidak kata ia sukar kerana ia tidak mustahil. Tidak semestinya apa yg anda laburkan hari ini anda akan mendapat pulangan “on the spot“.

Apa sahaja kemahiran anda pasti ia dapat menghasilkan pulangan jika anda pandai mengambil peluang dan bertindak. Jika anda berkira untuk dapatkan ILMU atau RESEPI ia bukan salah anda tetapi jika anda melihat keuntungan atau peluang dari ILMU atau Resepi tersebut tetapi anda tidak bertindak anda pasti akan rasa rugi kerana terlepas satu peluang.Buang rasa ego dan rasa malu yang tidak kena pada tempat untuk berjaya.

Insya-ALLAH, Ebook berbayar pertama Buku Resepi bertajuk ‘Variasi Kek Keju‘ akan mula dipasarkan dan akan dimaklumkan kepada semua melalui facebook rasmi BukuResepi atau pun email (semoga jualan ebook dapat menampung kos operasi Buku Resepi)
Sampai disini dahulu coretan admin Buku Resepi untuk sahabat-sahabat buku resepi, jangan lupa untuk mengambil pengajaran dan sesuatu yang berguna dalam artikel kali ini. Ampun dan maaf jika ada tersilap mahupun terkurang dalam artikel pertama Buku Resepi ini.

Sekian, Terima Kasih
Admin BukuResepi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.