Breaking News

Green Tea Marble Cake

Green Tea Marble Cake
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 cawan butter – suhu bilik
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 biji telur size besar – suhu bilik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk green tea
  • 1 kotak sour cream atau yogurt putih rendah lemak (kurang lebih 140g) – suhu bilik

CARA-CARANYA :

  1. Ayak tepung bersama baking powder & garam.
  2. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
  3. Masuk kan telur sebijik demi sebijik & pastikan adunan tidak bergentel.
  4. Masuk kan esen vanila.
  5. Masuk kan setengah tepung. Gaul rata.
  6. Masuk kan setengah sour cream / yogurt. Gaul rata.
  7. Masuk kan baki tepung, gaul lagi & akhir sekali masuk kan baki sour cream, gaul hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dengan serbuk green tea.
  9. Masuk kan kedua-dua adunan kedalam loyang 8 inci (yg telah dialas dgn kertas pembakar) berselang seli atau selepuk-selepuk ikut suka anda (sama cara ngan marble cake biasa).
  10. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 45 – 55 minit atau hingga masak (ikut oven masing-masing). Sebaiknya cucuk lidi untuk pastikan cake masak.

NOTA & TIPS :

** Loyang ikut suka anda, kalau ada loaf pan pun boleh juga digunakan. Masa membakar bergantung pada size loyang.
** Kalau boleh, jgn lah gunakan buttercup (marjerin). Gunakan butter tulen untuk menghasilkan cake yg lebih baik.

Green-Tea-Marble-Cake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.