Breaking News

Gingerbread Cookies

Gingerbread Cookies
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN:

  • 90g buttercup – suhu bilik
  • 3/4 cawan brown sugar
  • 1 biji telur – suhu bilik
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda (bicarbonate of soda)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar serbuk halia
  • 2 sudu kecil rempah kuih (rempah kuih yg digunakan untuk buat kek lapis)
  • 1/2 cawan golden syrup

CARA-CARA :

  1. Ayak tepung, baking soda, rempah kuih, serbuk halia & garam.
  2. Pukul butter & brown sugar hingga sebati & berkrim.
  3. Masuk kan telur & esen vanila. Pukul hingga sebati.
  4. Masuk kan golden syrup & tepung. Gaul rata. Adunan bersatu & tak lembik.
  5. Bungkus dengan plastik cling wrap & masuk kan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Setelah sedia, canai adunan & terap ikut bentuk acuan yg anda suka.
  7. Letak atas dulang pembakar & bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 10 – 15 minit (ikut oven masing-masing)

GULA ICING (Untuk Deco)

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula icing
  • 2 sudu kecil susu segar
  • 2 – 3 sudu kecil light corn syrup (tidak berwarna seperti air gula tapi pekat)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna ikut suka

CARA-CARA

  1. Campur gula icing bersama susu segar. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan light corn syrup & esen, gaul rata. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit lagi light corn syrup hingga mendapatkan icing yg sesuai untuk dipaipkan. Jangan terlalu cair nanti susah nak deco.
  3. Bahagi icing kepada beberapa bahagian bergantung pada warna yg hendak digunakan. Setelah dicampur dgn warna, masuk kan kedalam piping bag kecil. Pastikan biskut sejuk sebelum dihias.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.