Breaking News

Florentine Cookies

Florenta Cookies
Oleh : Sedeh sokmo MMDT

BAHAN-BAHAN :

  • Beberapa helai parchment paper
  • loyang empat segi
  • 500g tepung florenta

011
BAHAN KEKACANG :

  • 400g kuaci labu
  • 300g kuaci matahari
  • 200g badam flakes
  • 300g bijan hitam

022
CARA-CARANYA :

  1. Goreng Dahulu kesemua kekacang diatas tanpa minyak sehingga masak ( jangan sampai hangus) dan sejukkan
  2. bahagikan tepung florenta dan kekacang kepada 5 bahagian ( 100g tepung florenta + 240g kekacang untuk setiap 1 loyang)
  3. untuk 1 loyang, ambil 100g tepung florenta + 240g kekacang dan gaul rata kemudian ratakan dan mampatkan diatas loyang yang telah dilapik degan parchment paper
  4. kemudian bakar dalam 10 minit-20 minit pada suhu 170C atau sampai nampak perang. Bila dah perang, keluarkan dan potong terus masa tengah panas kerana jika potong semasa sejuk ia akan patah dan hancur
  5. ulang balik langkah 3 untuk setiap loyang ( untuk semua adunan ini akan dapat 5 loyang florentine cookies)

florentine-cookies1

NOTA :

  • Jika anda ada 1 loyang sahaja yang digunakan untuk membakar, anda harus bancuh tepung florenta dengan kekacang 1 adunan sekali bakar (1/5 adunan untuk satu loyang)
  • Tepng florenta yang tidak dibancuh lagi haruslah disimpan didalam bekeas kedap udara dan diletakkan didalam peti supaya tepung florenta tidak mengeras
  • Itulah kegunaan membahagikan adunan kepada 5 bahagian, supaya tepung florenta tidak mengeras dan mudah untuk diratakan diatas loyang.

florentine-cookies-2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.