Breaking News

Five Star Red Velvet Cake

Five Star Red Velvet Cake

Oleh:Imah At CitrineKitchen

BAHAN-BAHAN

BAHAN A: (Kedua-dua bahan dicampurkan dan diketepikan)

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil cuka makan

BAHAN B: (Semua bahan B diayak)

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder

BAHAN C: (Kedua-dua bahan C di campurkan didalam satu bekas berasingan)

  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate/baking soda

BAHAN D:

  • 120 gm mentega(suhu bilik)
  • 1 ½ cawan gua halus
  • 2 biji telur gred A (suhu bilik)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 50ml pewarna merah(bright red)

CARA-CARANYA :
Nota : Aturan A~D adalah utk memudahkan penyediaan kek.

  1. Untuk Bahan A: campurkan cuka dan susu segar untuk menjadikannya buttermilk. Kacau sedikit dan ketepikan dalam 10-15minit.
  2. Jika kelihatan agak berketul sedikit, ianya telah sesuai utk digunakan.
  3. Untuk Bahan B: Tepung , baking powder dan serbuk coklat di ayak.
  4. Untuk Bahan C: Cuka makan dan baking soda/soda bikabornate dicampurkan di bekas berasingan.
  5. Untuk Bahan D: Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan masukkan esen vanilla.
  6. Masukkan pewarna merah, boleh juga menggunakan 30 ml pewarna sahaja(iaitu satu botol pewarna merah). Sekatakan adunan.
  7. Masukkan 1/3 dari adunan tepung kedalam adunan mentega ,kemudian masukkan 1/3 buttermilk. Lakukan berselang-seli sehingga habis.
  8. Setelah adunan sekata, masukkan bahan C(iaitu baking soda yang dicampur dengan cuka makan).
  9. Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelum itu. Bakar pada suhu 170-180oC untuk 25 hingga 30 minit.

Cream Cheese Frosting (Cara kak imah)
Bahan-bahan :

  • 500g krim keju (Philadelphia)
  • 2 cawan whipping cream(yang telah siap dipukul)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar sunquick(boleh gunakan jus limau kasturi juga)
  • Gula icing (ikut keperluan)

Cara-cara :

  1. 1. Krim keju biar dalam keadaan agak sejuk. Pukul hingga tidak berketul.
  2. 2. Masukkan whipping cream , pukul sekata.
  3. 3. Masukkan esen vanilla dan sunquick, pukul hingga smooth.
  4. 4. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit, rasa hingga hilang
  5. 5. Boleh dicuba sedikit krim dengan kek untuk merasa keserasian kek +cream.
  6. 6. Simpan dalam peti ais sebelum disapu pada kek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.