Resepi Muffin Vanilla
sangat lembab dan mempunyai tekstur yang lembut. Jika anda menggemari muffin vanilla ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resepi ini. Pasti menjadi dan resepinya sangat mudah.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
- 3/4 cawan gula castor
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur, saiz besar
- 1/2 cawan butter, cairkan
- hirisan kacang badam, untuk hiasan
CARA-CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan oven kepada 180 degree celcius
- Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
- Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam
- mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
- Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.
Tips: Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.