Breaking News

EDISI SIMPLE FOOD : Resepi Kek Karamel Pelangi

Resepi Kek Karamel Pelangi

BAHAN GULA HANGUS:

  • 2 Sb gula

CARA-CARANYA :

  1. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api hingga cair dan bertukar perang kemudian ratakan keseluruhan dasar loyang.ketepikan.

BAHAN KARAMEL

  • 1/2 tin susu cair
  • 70g gula hls
  • 1/2 st vanilla
  • 3biji kuning telur

CARA-CARANYA :

  1. Kacau telur dan vanilla dengan whisk perlahan-lahan
  2. Masukkn susu & gula kacau lagi hgga gula larut tapi perlahan sahaja
  3. Tapis kedalam loyang gula hangus tadi.ketepikan.

ADUNAN KEK

  • 70g gula halus
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 45ml minyk msk
  • 140g gandum-1st baking powder(diayak bersama)

CARA-CARANYA :

  1. Pukul telur,minyk & air sampai gebu mengembang & bertukar warna putih.
  2. Masukkn gula & pukul lagi hingga naik skali ganda.
  3. Masukkan gandum sedikit demi sedikit & kacau dengan senduk @ spatula sahaja sehingga sebati.ketepikan.

ADUNAN MERINQUE(ADUNAN PUTIH TELUR)

  • 6 biji putih telur(dr 6biji kuning telur diats)
  • 70g gula hls
  • 1 st cream or tar tar

CARA-CARANYA :

  1. Putar putih telur hingga berbuih & masukkn gula putar lagi hingga adunan kental & kaku iaitu jika diterbalikkn mangkuk,adunan tidak jatuh.
  2. Masukkan separuh kedalam adunan tepung tadi kacau perlahan dengan senduk & masukkan separuh lagi & kacau higga btl2 sebati.(perlahan-lahan sahaja)
  3. Bahagikan adunan 3 bahagian,warnakan dengan 3 warna.
  4. Tuangkan 1 senduk untuk 1 warna & selang seli dengan warna berlainan keatas loyang karamel tadi.(adunan akn terapung)
  5. Bakar dengan kaedah steam bath (masukkn loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar yang berisi air panas)
  6. Letak dalam oven pada rak paling bawah.
  7. Bakar suhua160c dengan api bawah sahaja 1 jm @ hingga masak
  8. 45 min pertama guna api bawah, 15 min seterusnya guna api atas bwh (bergantung pd oven masing2).biarkan kek benar-benar sejuk baru di terbalikkan loyang kek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.