CORETAN KHAS UNTUK SAHABAT BUKURESEPI.COM
Terlebih dahulu Admin minta maaf kepada sahabat-sahabat BukuResepi.com jika perkhidmatan dan mesej ada yg tidak sempat dijawab atau lambat dibalas…
Untuk makluman sahabat semua, BukuResepi.com bukan satu syarikat yg mempunyai pekerja dan tidak mempunyai sumber income khas utk tampung kos operasi, semuanya hasil jualan yg dibuat dan dari sumber dari poket admin sendiri. Setakat ini admin belum mampu utk gaji pekerja utk urusan semuanya..kerana tujuan BukuResepi.com adalah untuk berkongsi ilmu kepada sahabat semua..
Aktiviti setiap hari di BukuResepi.com
Jika ada jualan yg dibuat, itu adalah untuk tampung kos dan utk dilaburkan kembali ke BukuResepi.com. Buat masa sekarang hanya ada 2 admin yg uruskan operasi berikut :
- update resepi di facebook
- update resepi di blog
- update instagram
- jawab msg di inbox facebook
- tapis komen dan jawab komen
- hantar update melalui email
- menguruskan email
- mengurus jualan & tempahan
- editor buku atau ebook
- hantar barangan atau tempahan ke poslaju
- mengurus design dan editing resepi yg dihantar
Ia bukan kerja yg mudah dan dilakukan tanpa sebarang bayaran kecuali jika ada jualan yg pihak BukuResepi.com . Kadangkala waktu tidur terpaksa dikorbankan untuk menyiapkan tempahan dan editing serta ebook percuma untuk sahabat2 semua. Tetapi bilamana resepi yg dikongsikan dapat membantu ramai sahabat2 diluar sana, ia cukup menghilangkan penat lelah admin.
Kos Yang Dikeluarkan
Untuk pengetahuan sahabat semua, semua kos operasi ditanggung berdasarkan jualan yang dibuat oleh admin samada jualan ebook, buku, kalendar atau apa sahaja yang berkaitan. Antara Kos ditanggung adalah seperti :
- Kos Email Marketing ( Hampir RM 300 setiap bulan)
- Kos Facebook Ads ( RM 300- RM 500 setiap bulan)
- Kos Sms Marketing ( RM 100- RM 200 setiap bulan)
- Kos Hosting ( RM 300 setiap bulan)
- Kos Domain ( setahun sekali sahaja)
- Kos editor & design ebook percuma ( tak sempat kira)
- Kos pembelian bahan bacaan (untuk dikongsikan kembali kepada sahabat semua)
Coretan ini bukanlah untuk admin minta simpati tetapi untuk sahabat-sahabat yang tidak faham dan marahkan admin kerana lambat balas dan tidak dapat penuhi permintaan sahabat.
Admin juga tidak meminta sebarang bayaran dan tidak mengharapkan sebarang bayaran atas apa yang admin lakukan, kerana apa yang admin lakukan adalah kerana minat dan bertujuan untuk membantu ramai sahabat-sahabat diluar sana dalam bidang masakan. Memang ada yang tawarkan untuk membeli BukuResepi.com dengan harga yang lumayan tetapi itu bukan tujuan BukuResepi.com ditubuhkan pada 1 Jun 2011
Bagaimana BukuResepi.com Menampung Kos?
Hal ini ramai yang ditanya oleh sahabat-sahabat BukuResepi.com. Untuk makluman sahabat semua, kebanyakkan kos ditanggung oleh admin hasil dari jualan ebook, buku, barangan dapur, kalendar atau cenderahati yang berkaitan dengan Niche Masakan atau BukuResepi.com. Buat masa sekarang beberapa jualan yang pihak BukuResepi.com buat adalah seperti :
- Set macaron – KLIK SINI
- Decoration Nozzle – KLIK SINI
- Ebook Variasi Cheese Cake – KLIK SINI
- Ebook Aiskrim Homemade – KLIK SINI
- Kalendar 2015 – KLIK SINI
- Waffle Maker – “Out Of Stock”
- Takoyaki Pan – “Out Of Stock”
- Salinan Modul Kelas Masakan – KLIK SINI
Admin harap apa yang dikongsikan dan diusahakan oleh admin dan sahabat-sahabat yang berkongsi resepi bersama BukuResepi.com selama ini dapat memberikan kebaikan kepada sahabat-sahabat BukuResepi.com yang lain. Semoga usaha dan ilmu yang dikongsikan ini menjadi saham akhirat buat admin & sahabat-sahabat yang berkongsi ILMU selama ini.
“Buat sesuatu kerana ALLAH pasti kamu tidak akan mudah menyerah, kerana DIA sentiasa ada bersama kamu walaupun satu dunia tinggalkan kamu”
Walauapapun cabaran dan halangan, admin bagi pihak BukuResepi.com dan sahabat-sahabat yang setia berkongsi dan menyokong samada secara langsung atau tidak langsung akan terus menghidupkan BukuResepi.com dan meneruskan perkongsian Ilmu masakan kepada semua sahabat diluar sana.
Apa pendorong & penguat semangat bagi BukuResepi.com?
Kejayaan dan kepuasan hati sahabat-sahabat BukuResepi.com menjadikan penat lelah kami di BukuResepi.com terbalas, Lihat sahaja screenshot yang diambik dari inbox www.facebook.com/bukuresepi , telah ramai yang berjaya dan mendapat manfaat dari BukuResepi.com
Ada juga sahabat2 yg sebelum ini tidak mempunyai pendapatan telah berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri hasil dari apa yg dikongsikan di BukuResepi.com . Sekali lagi admin mohon maaf jika ada yg tidak puas hati, kecewa, marah dan sebagainya. Kepada yg menggunakan kata2 yg kurang senang, harap anda faham situasi yg kami hadapi sejak dari penubuhan BukuResepi.com ini
Sekali lagi admin mohon maaf jika coretan ini ada buatkan sahabat-sahabat terasa dan maafkan juga jika ada kelemahan dari pihak admin sepanjang sahabat semua bersama BukuResepi.com. Terima kasih kepada sahabat-sahabat BukuResepi.com yg telah banyak membantu dan menyokong samada secara langsung dan secara tidak langsung
Semoga Allah membalas semua kebaikan anda, Harap sahabat- sahabat semua memahami.
Sekian, Terima Kasih
ADMIN BUKURESEPI.COM