Coklat Oreo dengan Edible Image
Bahan-bahan:
- Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan
- Biskut Oreo
- Acuan coklat Oreo (dalam gambar guna acuan Cupcake)
- Edible image (boleh didapati dikedai menjual peralatan membuat kek)
Cara-caranya:
- Jika Edible image dalam bentuk transparent sheet, potong menjadi bulatan yang boleh dimuatkan ke dalam acuan.
- Masukkan Edible Image ke dalam acuan dan tuangkan sedikit coklat kedalamnya.
- Pastikan dilangkah ini, tangan kita tidak panas kerana ianya akan merosakkan Edible Image.
- Selepas dituangkan sedikit coklat, sejukkannya sebentar didalam peti sejuk supaya Edible Image tersebut melekat bersama coklat.
- Masukkan biskut Oreo.
- Tuangkan coklat sehingga memenuhi acuan dan sejukkan sehingga keras. 🙂
CARA LAIN :
- Siapkan coklat Oreo tanpa letak Edible Image seperti langkah (1) diatas.
- Selepas coklat Oreo siap dikeraskan, sapu sedikit coklat cair dibawah permukaan Edible Image. Kemudian, lekatkannya pada coklat Oreo yang telah siap.
- Sejukkan sebentar cantuman tadi didalam peti sejuk sehingga coklat cair tadi menjadi keras dan Edible Image sudah terlekat pada coklat Oreo.
- Sedia untuk dihidangkan. 🙂
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Moga tips ini dapat membantu semua.