Chocolate Tomato Fruit Cake
Oleh : Noor Abdul Rahim
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 1/2 sudu kecil rempah kuih (rempah kuih lapis)
- 1/2 buku butter (125g) – suhu bilik (buttercup bukan butter ya)
- 1 cawan brown sugar
- 2 biji telur size besar – suhu bilik
- 1 tin Campbell tomato soup
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 cawan buah-buahan campuran
- 1 cawan chocolate chips
CARA-CARA PENYEDIAAN :
- Campur baking soda bersama tomato soup. Gaul rata & biarkan dahulu.
- Ayak tepung bersama baking powder & rempah kuih.
- Campur kesemua bahan (kecuali buah-buahan & chocolate chips) & pukul dgn mixer selama 4 minit (had kelajuan tinggi)
- Masuk kan buah-buahan & chocolate chips, gaul rata.
- Tuang adunan kedalam loyang pembakar 8 inci yg telah dialas dgn kertas pembakar.
- Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam – 1 jam 15 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Sebaiknya cucuk cake dgn lidi untuk pastikan cake masak. Biarkan cake sejuk sebelum dipotong.
TIPS : Puan-puan pastinya merasa pelik kerana resepi ni menggunakan tomato soup, tetapi percayalah cake yg terhasil sangat lembut, langsung takde rasa tomato. Rasa cake buah. Sangat mudah membuatnya.