Breaking News

Chocolate Pineapple Cookies

Chocolate Pineapple Cookies
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • 1 buku butter asli (sebaiknya gunakan SCS) – 250g / suhu bilik
  • 4 sudu besar gula caster
  • 2 biji kuning telur saiz besar – suhu bilik
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 340g tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • inti nenas secukupnya
  • 2/3 cawan chocolate chips
  • chocolate cair secukupnya sebagai hiasan

CARA-CARA :

  1. Campurkan inti nenas bersama chocolate chips. Gaul rata & bulat-bulatkan sebesar guli.
  2. Ayak tepung bersama serbuk koko. Ketepikan.
  3. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
  4. Masuk kan kuning telur, susu pekat manis & esen vanila. Gaul hingga sebati.
  5. Masuk kan tepung, gaul rata.
  6. Bulat-bulatkan adunan tepung & balutkan pada bebola inti nenas. Kemudian masuk kan kedalam acuan ikut suka & kemaskan supaya mengikut bentuk acuan.
  7. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 20 – 22 minit (bergantung pada oven masing-masing)
  8. Hiaskan cookies dgn chocolate cair diatasnya. Biarkan chocolate mengeras sebelum cookies disimpan didalam bekas kedap udara.

** Biarkan chocolate chips didalam peti sejuk sehingga saat hendak menggunakan supaya tidak mencomotkan inti & sekaligus kekal bentuk tetapi cair didalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.