Chocolate Caramel Mousse
Oleh : Noor Abdul Rahim
BAHAN-BAHAN CARAMEL SYRUP :
- 85g butter
- 2/3 cawan brown sugar
- 1 sudu besar air
- secubit garam
- 70ml susu cair
- 1/2 sudu kecil esen vanila
CARA-CARA MEMBUAT CARAMEL SYRUP :
- Satukan semua bahan kecuali susu cair & esen vanila.
- Didihkan selama 5 minit (sentiasa dikacau supaya tidak hangus).
- Matikan api kemudian perlahan-lahan tuang susu cair & esen vanila sambil dikacau (hati-hati kerana caramel panas).
- Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
BAHAN-BAHAN MOUSSE :
- 400ml dairy whipping cream
- 200g chocolate – dicairkan cara double boiling atau gunakan microwave
- 1 tube biskut Oreo – dikisar tanpa buang krim
CARA-CARA MEMBUAT MOUSSE :
- Pukul whipping cream hingga pekat tapi jgn sampai ke tahap kental.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dgn chocolate cair & sebahagian lagi dicampur dgn 1/4 cawan caramel syrup atau kemanisan ikut suka anda. Kacau rata.
- Tuang mousse chocolate kedalam bekas, kemudian taburkan biskut Oreo kisar diatasnya hingga menutup keseluruhan permukaan mousse.
- Tuang mousse caramel pula, kemudian ditaburkan juga biskut Oreo kisar diatasnya.
- Masuk kan kedalam peti sejuk selama 3 – 4 jam sebelum dihidangkan.