Button Cookies (Biskut Butang)
resepi : giverecipe.com
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 cawan tepung jagung
- 3/4 cawan gula caster
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur saiz besar – suhu bilik
- 100g butter – suhu bilik
- 2 cawan tepung gandum (mungkin tak perlu guna semua, bergantung pada dough)
- 1 sudu besar serbuk koko
- * perisa (jika suka)
- pewarna ikut suka
Cara-cara Penyediaan :
- Gaul butter & gula hingga berkrim sahaja.
- Masuk kan tepung jagung & telur. Gaul hingga sebati.
- Masuk kan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga mendapatkan adunan yg tidak lembik dan mudah dicanai.
- Bahagikan dough kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dibubuh pewarna & perisa, dimana 1 bahagian dicampur dgn serbuk koko. Rehatkan dough selama 15 minit didalam peti sejuk.
- Canai dough jgn tebal & terap mengikut bentuk butang. Jgn lupa buat lubang butang.
- Susun diatas dulang pembakar yg telah dialas dgn kertas pembakar. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 – 18 minit ikut oven masing-masing.
** Jika anda bubuh perisa, tak perlu guna esen vanila.
** Jika anda hanya menggunakan esen vanila, masuk kan ketika campur telur.