Breaking News

Butter Prawns

BUTTER PRAWNS
Oleh : Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

BAHAN-BAHAN :

  • Udang besar/ sederhana besar
  • Tepung jagung – jika suka
  • Lada sulah
  • Kuning telur – pukul bersama sedikit garam dan lada sulah
  • Cili api – dipotong-potong
  • Daun kari
  • Bawang putih – cincang
  • Garam
  • Minyak masak
  • Butter
  • Susu cair
  • Penapis besi

CARA-CARA MENYEDIAKAN :

Cara membuat egg floss:

  1. Panaskan butter dan minyak dalam kuali (wok) dan tuangkan kuning telur tinggi sedikit dari permukaan minyak supaya kuning telur jatuh dalam aliran yang kecil.
  2. Sambil menuang tu kacau tanpa henti kuning telur di dalam kuali. Kacau sentiasa hingga garing, terpulang kalau nak floss tu kekuningan sahaja atau keperangan .
  3. Angkat dengan penapis besi dan toskan minyaknya. Lebih mudah jika letakkan penapis santan atau penapis besi yang agak besar di atas bekas yang tahan panas.
  4. Bila egg floss dah siap masak, angkat kuali dengan hati- hati dan tuangkan bahan-bahan dimasak tadi atas penapis dan toskan minyak.

Cara memasak udang:

  1. Bersihkan udang (terpulang samada nak buang kulit atau tidak). Gaul udang bersama tepung jagung (jika suka), garam dan lada sulah.
  2. Masukkan lebihan minyak dan butter yang digunakan untuk membuat egg floss tadi dalam kuali dan panaskan semula kuali.
  3. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan. Jika perlu buangkan sedikit lebihan minyak dalam kuali tadi dan tumis cili api, bawang putih dan daun kari hingga wangi.
  4. Masukkan susu cair, lada sulah dan garam jika perlu (kalau tak suka susu, tak masukkanpun ok jer).
  5. Masukkan udang dan kacau hingga sebati.
  6. Angkat dan masukkan udang ke dalam bekas hidangan dan tabur egg floss di atasnya.

butter-prwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.