Breaking News

Blueberry muffin

Blueberry muffin
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A

  • 150 g gula kaster
  • 120 g butter
  • 30 g madu
  • 15 g susu tepung
  • 1/2 sk esen vanila

BAHAN B

  • 2 biji telur, gred A

BAHAN C

  • 300g tepung naik sendiri, diayak
  • 165g air

BAHAN D

  • Blueberry pie filling secukupnya

CARA-CARANYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan acuan muffin/cupcake, susunkan papercup dalamnya. Ketepikan.
  2. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim.
  3. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.
  4. Kemudian, masukkan bahan C, berselang seli. Gaul rata guna spatula hingga sebati (jangan terlebih gaul, cukup sekadar adunan bercampur sahaja).
  5. Masukkan 1/4 penuh adunan muffin kedalam papercup yang di sediakan tadi. Kemudian, masukkan pula sedikit bahan D, agak2 dalam 1 sudu kecil banyaknya.
  6. Masukkan lagi adunan muffin hingga 3/4 penuh. Letakkan sedikit bahan D atasnya. Buat hingga habis.
  7. Bakar adunan pada suhu 180 C selama 20 – 25 minit. Sejukkan atas wire rack.

blueberry-muffin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.