Breaking News

Biskut Oat Tuan Anas Mikael

BISKUT OAT MIKA (Tuan Anas Mikael)

resepi asal : Puan Kathy Kay | Dicuba oleh : Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan :

  • 1 cawan butter lembut
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 3 cawan oat (Dikisar
  • 1 cawan kismis/choc chip
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt soda bicarbonate
  • 1/2 sdt emplex (Perangup biskut. Dalam bentuk serbuk. Ada dijual di bakeri)
  • 1 sdt esen vanilla
  • secubit garam

1930350_955348014553838_5534036839407539507_n

cara-caranya:

  1. Mix butter dan gula hingga berkrim dan pucat sedikit. Tak perlu kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Mix setakat sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan kering dan ramas2kan sebati. Jangan uli kerana biskut akan jadi liat dan keras.
  4. Bulat2kan dan leperkan sedikit. KK sukat guna sudu sukat 1sdb. Atas masing2 saiznya ye.
  5. Bakar pada suhu 170c lebih kurang 20min atau hingga perang. Atas oven masing2. Guna fungsi kipas jika ada untuk masak yang lebih sekata dan rangup.
  6. Sejukkan atas redai besi. Ini penting untuk biskut yang rangup. Supaya wap air tidak menyerap dalam biskut.
  7. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap.

Nota : Doh biskut ini boleh frozen ye. Bila nak guna. Keluarkan dan biar suhu bilik dan proses seperti biasa. Andai biskut lemau juga boleh dibakar semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.