Breaking News

Asas Doh Roti

ASAS DOH ROTI
Resepi Oleh : Tahrunnisah Jali

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm tpg roti/gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 80-100 air sejuk
  • 1 biji telor
  • 1 1/2 sudu susu tpg
  • 1 sudu shortening/marjerin
  • 2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • garam

NOTA : gliss atas roti sebelum dibakar sedikit telor dan 2 sudu besar susu segar campur dan glis atas roti sebelum dibakar

asas-doh-02

CARA-CARA : (Terpulang nak guna tangan atau mesin/bread maker)

  1. Jika mengadun menggunakan tangan, gaulkan bahan-bahan kering dulu
  2. kemudian masukkan shortening/marjerin jadikan semuanya serbuk
  3. kemudian masukkan telor dan air sejuk sedikit demi sedikit
  4. uli tangan dalam masa 30 minit jika mahu doh nak naik gebu.
    p/s:  Jika menggunakan mesin atau bread maker campak je semuanya ( Jika menggunakan mesin  lagi lama lagi gebu, anggaran 30 minit dan berkilat)
  5. kemudian saya masukkan dalam plastik dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit
  6. Kemudian biarkan doh selama 45 minit atau naik sekali ganda
  7. Bentukkan doh serta biarkan doh naik dalam 20 minit
  8. Sebelum bakar gliss kan permukaan roti tadi dengan campuran telor dan susu segar
  9. Oven mestilah di panaskan dulu dalam masa 10 minit dengan suhu 160
  10. Bakar dalam oven suhu 160 darjah selama 20 minit
  11. Kemudian Sapukan marjerin atas roti yang panas tadi untuk kilatkan roti

asas-doh-03

TIPS UNTUK BUATKAN DOH CEPAT NAIK 

  • Letakkan doh dalam plastik atau bekas yang ditutup dengan kain lembap atau wrapping
  • letak dlm keadaan cuaca cerah dan panas
    p/s : saya letak kat luar rumah cuaca panas atau letak dlm kete hehehe dlm 20-30 doh naik dah…

water‬ roux – Berfungsi untuk menjadikan roti gebu

BAHAN-BAHAN :

  • 25gm tpg gandum
  • 125ml air

CARA-CARA :

  1. kacau sebati dan panaskan atas dapur
  2. pekat dan berkilat angkat dan sejukkan

NOTA : Jika mahu masukkan dalam adunan semasa menguli, masukkan 2 sudu seperti adunan diatas.
PERHATIAN : Perlu kurangkan kuantiti air sebab nanti takut lembik sangat. Cara mudah masukkan water roux ini terlebih dulu baru masukkan air, kerana nanti kita boleh anggarkan keadaan doh sama terlalu lembik atau sebaliknya

asas-doh-01

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.