Breaking News

Apam Pandan Nutella

APAM PANDAN NUTELLA
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 cawan gula halus (kalau nak lebih manis, silakan tambah lebih sedikit gula)
  • 2 biji telur size besar – suhu bilik
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 150ml santan kotak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 cawan nutella
  • 1 sudu kecil pandan paste (perisa & warna)

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Ayak tepung gandum, baking powder & garam. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula & ovalette hingga kembang (gebu).
  3. Masuk kan esen vanila & santan. Gaul hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dengan nutella & sebahagian lagi dicampur dengan pandan paste.
  5. Tuang adunan nutella & adunan pandan berselang seli (seperti membuat marble cake) hingga selesai kedalam loyang yg telah disapu dengan minyak sedikit.
  6. Kukus di dalam kukusan yg telah mendidih airnya selama 30 minit atau hingga masak.

NOTA : Jaga air jgn menitis pada apam.

Apam-Pandan-Nutella2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.