Buat jugak tapi ikut sukatan sendiri. Buat banyak nanti takde yg nak makan pulak. Bubuh perisa oren dan bandung ….. nyummy! Terima kasih banyak pada tuan yg punya idea asal aiskrim sumi.
Aiskrim Sumi
Bahan-Bahan :
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu
Cara-Cara :
Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
Bubuh perasa dan pewarna, kacau rata.
Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya tau.
** Saya guna esen rose & warna pink untuk perisa bandung. Orange paste untuk perisa oren.