Breaking News

Aiskrim Drumstick Homemade

Aiskrim Drumstick Homemade

Bahan-bahan A:

  • 1 tin susu cair
    1/2 tin susu pekat – boleh dikurangkan jika tidak mahu manis
    1 sudu besar ovellete
    1 biji telur
    1 sudu teh serbuk vanila/ esen vanila

Bahan-bahan B:

  • Coklat masakan
  • Susu UHT/whipping cream

CARA-CARANYA :

1. Balutkan kon ais krim dengan kertas bungkus nasi lemak yang dipotong 4 bahagian, bahagian yang licin diletak sebelah dalam.

aiskrim drumstik 01

2. Campurkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk.

3.  Pukul guna speed maksimum selama 20 minit, sehingga gebu.

4. Tuangkan ais krim ke dalam kon yang sudah dibalut tadi sehingga hampir penuh kelonsong. Tinggalkan sedikit ruang untuk coklat ganache nanti.

aiskrim drumstik 02

5. Masukkan ke dalam peti ais hingga ais krim beku.

6. Sambil itu, buat coklat ganache. Cairkan coklat masakan + sedikit susu UHT/whipping cream/susu cair secara double boiling ( didihkan sedikit air kemudian masukkan coklat masakan dan susu dalam bekas tahan panas lain, letak atas periuk berisi air mendidih tadi, supaya coklat cair. Kacau hingga coklat cair sekata.) Alihkan dari api, masukkan sesudu mentega cair dan kacau sebati. Sejukkan sebentar.

7. Tuang coklat ganache tadi ke atas ais krim yang sudah beku dan bolehlah dihias dgn taburan kacang tanah atau kacang badam yang telah disangai ataupun coklat rice.

aiskrim drumstik 03

8. Masukkan ke dalam peti ais hingga coklat beku. Siap untuk dinikmati.

aiskrim drumstik 05

Kredit : Resepi dan gambar hak milik resepicikguani.blogspot.com.


DAPATKAN EBOOK AISKRIM HOMEMADE DENGAN HARGA ISTIMEWA SEMPENA PELANCARAN
LAYARI WWW.AISKRIMHOMEMADE.COM atau KLIK WEB DIBAWAH

2 comments

  1. Its nice but I dont understand language.
    Can you please send this in English.
    Thanks n regards,
    Ishu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.