Aiskrim Ala-Ala Baskin Robins
Ice Cream! Sape tak suke, ye dok? Hehe.. Apa-apa pun korang boleh lah try resepi Aiskrim Ala-Ala Baskin Robins
Lepas ni dah boleh buat ice cream sendiri je dengan bahan-bahan yang simple giler …
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1/3 tin susu pekat (ikut nak la nak manis macam mana)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar ovalett (optional: utk gebukan ice cream )
- Perasa : Pandan, Strawberry, Keladi, Milo. Oreo ( Ikut la nak letak perasa apa )
Cara-cara:
- Masukan semua bahan-bahan tu kecuali perasa dalam bekas besar, lepas tu guna mixer. Putar selama 15 – 20 minit. Fuhh, jangan lenguh sudah laa.
- Simpan dalam freezer sehingga SEPARA beku sahaja.
- Keluarkan dari peti lepas tu putar lagi sehingga bahan likat & pekat.
- Asingkan adunan jika nak buat lebih dari 1 perasa.
- Tambah jer perasa yang korang nak tu,
- Dah letak dalam bekas tu, boleh la taburkan coco rice ke kismis ke.. Ikut la..
- Simpan dalam freezer semalaman. Siap dah..