Ais Krim Lemon
BAHAN-BAHAN : Untuk Aiskrim
- 1 tin susu cair
- 6 biji kuning telur
- 2 sudu besar gula
CARA-CARANYA :
- Pukul Kuning telur hingga kembang.
- Masak susu cair dan gula atas api hingga larut kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi.
- Masak hingga agak pekat. Angkat dan sejukkan.
BAHAN-BAHAN : Untuk Lemon
- 2 biji lemon
- 2 sudu besar gula
CARA-CARANYA :
- Parut kulit lemon dan perah jus lemon.
- Masukkan gula dalam perahan jus lemon dan kemudian panaskan atas api hingga larut.
- Campurkan parutan kulit limau dan sejukkan.
- Campurkan dalam adunan susu tadi. Kacau rata.
- kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalan peti sejuk semalaman
- Bila adunan telah beku keluarkan semula. Pecah-pecahkan semula ais krim tadi kemudian kisar lagi hingga lembut.
- Simpan semula ais krim tu dalam peti sejuk hingga beku. Kemudian bolehlah dihidangkan.
NOTA :
* jenis ais krim ni tak ada double krim… so teksturnya tak selembut dengan ais krim yang di bubuh double krim.
** lemon bertindak balas dengan susu dan boleh menyebabkan ia berketul-ketul. So memanas dan mencampurkannya dengan gula terlebih dahulu sebelum di campur dengan adunan susu bagi mengelakkan teksturnya berketul-ketul.
DAPATKAN EBOOK AISKRIM HOMEMADE DENGAN HARGA ISTIMEWA SEMPENA PELANCARAN
LAYARI WWW.AISKRIMHOMEMADE.COM atau KLIK WEB DIBAWAH