Selamat Datang Ke BukuResepi.com
Assalamualaikum & selamat Sejahtera..
Pertama sekali admin BukuResepi ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua Fan BukuResepi di facebook yang sentiasa menyokong jenama ‘BukuResepi‘ yang telah bermula pada 2012. Dengan sokongan dan sumbangan anda juga, kami warga admin BukuResepi telah dapat menyiapkan sebuah blog untuk memudahkan para pengguna internet dan semua sahabat di facebook BukuResepi
Kami di BukuResepi.com amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh semua sahabat BukuResepi di fan page kami selamat ini, tidak lupa juga penghargaan kepada semua sahabat BukuResepi yang banyak berkongsi Resepi-Resepi yang menarik dan tidak lokek ilmu dalam bidang masakan.
Dengan harapan tertubuhnya web rasmi BukuResepi.com ini, semua resepi dapat dikumpulkan disatu tempat dan boleh dijadikan salah satu sumber rujukan buat seluruh sahabat BukuResepi dan dapat menarik lebih ramai pengguna internet untuk belajar sesuatu dari BukuResepi.com sekaligus menjadi sumber rujukan UTAMA dalam bidang MASAKAN.
Kami sangat komited dan yakin dengan wujudnya BukuResepi.com pasti akan menarik minat lebih ramai pengguna untuk belajar memasak dan mencuba resepi atau masakan yang baru. Kami juga sangat berbesar hati jika ada dikalangan sahabat BukuResepi sendiri atau pelawat yang mengunjungi BukuResepi.com yang sudi untuk berkongsi Resepi,Tips dan apa juga yang berkaitan dengan BukuResepi.
KAMI BERMULA DI FAN PAGE
Untuk Makluman, Fan Page BukuResepi telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 dimana beberapa orang admin yang ingin mengumpul segala jenis resepi disamping berkongsi bersama pengguna facebook. Diakui pada mula penubuhan Fan Page BukuResepi kami tidak sangka ia akan sampai ketahap sekarang dimana jumlah ‘LIKE’ lebih 600 ribu dapat dikumpulkan dan semuanya adalah sahabat BukuResepi yang sangat minat dalam bidang masakan dan sangat baik hati berkongsi resepi bersama sahabat-sahabat yang lain.
SIAPA SAHABAT BUKURESEPI
Untuk makluman semua,pengguna facebook yang ‘LIKE‘ fan page BukuResepi kami gelarkan sebagai ‘SAHABAT BR ‘ atau ‘SAHABAT BUKURESEPI‘ kerana bagi kami ia lebih mengeratkan kemesraan antara kita semua.
PENUBUHAN WEB/BLOG BUKURESEPI.COM
Penubuhan web/blog BukuResepi.com ini tercetus setelah kami mendapat pelbagai aduan dan saranan daripada sahabat-sahabat BR yang mengalami masalah untuk mencari resepi-resepi yang telah dikongsikan dalam fan page BukuResepi. Untuk Makluman semua, setiap hari kami kongsikan beberapa puluh resepi dan kami terima puluh-puluh resepi dari sahabat-sahabat BR yang ingin berkongsi resepi bersama kami dan semua sahabat BR di facebook.
Oleh kerana pihak BukuResepi tiada sumber kewangan untuk menubuhkan web/blog Bukuresepi, Ini Kerana BukuResepi tidak menjana sebarang pendapatan atau keuntungan dari fan page BukuResepi dan fan page BukuResepi tersebut kami jadikan sebagai ‘ONE STOP CENTER’ perkongsian ILMU MASAKAN semata-mata. Dalam usaha ini,Pihak Admin BukuResepi telah melancarkan satu jualan sambil mengumpul dana bagi menubuhkan web/blog BukuResepi.com ini. Hasil jualan dihasilkan tidak telah digunakan sepenuhnya untuk membangunkan web/blog BukuResepi.com
BERSAMBUNG…
Review Overview
BERIKAN BINTANG UNTUK BUKURESEPI.COM
Anda Suka BukuResepi.com? Undi kami
Tahniah,
Satu perkongsian ILMU yang sangat baik. Mentelaah resepi untuk dijadikan panduan.
Terima kasih Admin
terima kasih Dila 🙂
Assalamualaikum….
tahniah….buku resepi
sy ucapkan berjuta trima ksih dgn kwujudan BR kerana ia membantu sy yg baru berkahwin utk belajar memasak…byk resepi yg sudah sy cuba melalui BR ini…
wslm, Ja..
terima kasih atas sokongan anda 🙂
semoga BR dapat membantu lebih ramai pengguna diluar sana 🙂
salam tuan admin…minta jasa baik tuan admin buatkan satu bahagian koleksi untuk resepi membuat aiskrem….terima kasih admin…:)
wslm, dah ada, nanti kami update kan
assalamualaikum….
Tahniah… buku resepi.
Nak tanya macam mana nak kongsi resepi.
wslm.. nak hantar resepi boleh hantar melalui borang nie https://www.bukuresepi.com/hantar-resepi/