5 Jenis Buah Ini Boleh Bantu Turun Berat Badan
Semasa proses turunkan berat badan sangat digalakkan kita untuk mengambil 2 kali snek. Snek yang paling berkesan untuk turunkan berat badan adalah snek dengan buah-buahan. Jadi dalam post kali ini, saya akan senaraikan buah-buahan yang boleh diambil untuk bantu cepatkan proses turun berat badan.
👉Pisang
👉Kurma
👉Lemon
👉Strawberri
👉Tembikai
Pisang
Pisang buah yang paling senang kita jumpa di pasaran Malaysia. Ingat lagi topik Sarapan Ini Bantu turunkan Berat Badan. Saya nyatakan pisang bantu untuk aktifkan signal dalam badan untuk menukarkan lemak kepada tenaga. Selain itu pisang sangat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mengelakkan sakit jantung kerana kandungan potassium yang tinggi dan garam yang rendah.
Selain berfungsi untuk memberi tenaga segera, pisang juga sangat membantu untuk mengelakkan kekejangan otot selepas bersenam. Pisang juga sangat membantu dalam sistem penghadaman kerana tinggi nilai serat.






Walaupun kurma kecil tetapi kurma sangat tinggi dalam kandungan nutrisi. Sebab itu Rasulullah SAW juga mengamalkan kurma dan ia adalah salah satu dari makanan sunnah. Kandungan serat yang tinggi sangat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman. Kurma membantu usus untuk berfungsi dengan lebih efisien.Kandungan magnesium dan potassium yang tinggi juga sangat membantu untuk kesihatan jantung. Kanak-kanak juga sangat digalakkakn untuk amalkan kurma kerana kurma meningkatkan fokus dan baik untuk kesihatan otak.


Salah satu perkara yang penting semasa proses turun berat badan adalah proses detoksifikasi atau dalam bahasa mudah proses untuk buang toksin dalam badan. Selain pengambilan air kosong yang cukup untuk badan, kita juga boleh amalkan minum air lemon dalam untuk proses detoksifikasi secara natural.Amalan air lemon sangat digalakkan untuk kehidupan seharian. Pengambilan air lemon membantu dalam membuang toksin secara natural dalam bentuk air kencing. Lemon juga membantu menahan lapar. Ia sangat bagus untuk mereka yang serius untuk turun berat dalam mengawal pengambilan kalori berlebihan semasa berdiet.